31.3.11

ATOK DAN NENEK


Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri.. Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Siapa yang pelupa ? 

P/S : DAH BERUSIA LA KATAKAN.KEH3

PELAJAR YANG KREATIF


Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

"Ada 3 ekor burung di atas pokok..

Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2..

Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, ..

"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..

"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..

hehehe... mat mat

P/S : TERLEBIH KREATIF.KEH3.

30.3.11

JENIS JENIS BINATANG


Suatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!

Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..

Amy : Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!! 

P/S : BINATANG JUGAK KE TU?.KEH3.

PANTUN JEPUN


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?

Sekian. Time kasih

29.3.11

TANDAS

MACAM MANA NAK KENCING?

  
P/S : UNTUK SPIDERMAN RUPANYA.KEH3

CIKGU DAN ANAK MURID


Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada. 

P/S : CIKGU TU KENA BALIK DA.KEH3.

28.3.11

TERSALAH ZIP

Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip seluar aku tiga kali apasal?"

Kuang kuang kuang... ... . 

P/S : BLEH PLAK TERSILAP ZIP.KEH3.

KISAH BURUNG KAKAK TUA


Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu...alaa mcm cerita SUPERMAN tu la)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru Setiap pagi ada 3 orang cikgi melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgi yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgi-cikgi tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi... . tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgi-cikgi tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia... then tonyoh tonyoh sikit mata dia... dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia... pas tu dia jerit kuat-kuat... .
"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgi-cikgi tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang..... Keesokan harinya cikgi-cikgi tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila cikgi ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi...
"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgi-cikgi tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi...sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgi pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgi kedua menjawab "Tak tau pulak ... . ahli sihir ke apa ntah... .." . Cikgi ketiga mencelah "Alah..kebetulan je agaknyer... .. tak pe, kita tengok besok pulak camana... " Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgi-cikgi tu lalu depan rumah burung tu... . burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah... ....."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua... " dan seterusnya. Bila cikgi ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... . Burung pun tengok... . dia jerit lagi..
KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgi-cikgi berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi... Cikgi pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... . heh, apa nak buat hah?". Cikgi kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu... ".Cikgi ketiga... ."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set!!!!!" balas depa... .. Keesokan harinya... ... sama juga... . bila< ke sekolah, burung tu jerit lagi... > HITAM!!HITAM!!HITAM!!!!"

Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi... .di sekolah mereka berbincang... . cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent... "
Cikgi kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna... .".
Cikgi ketiga... "Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung." "Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je... . bila cikgi-cikgi tu nak ke sekolah, burung tu tengok... . ditenungnye lama-lama... cikgi-cikgi tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... . dia naik-naikkan matamacam Ziana Zain gitu... .dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng... ..dah tu dia pandang ke depan balik... . dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap dagu... ..dia cekak pinggang... .. dah tu burung tu pegang dagu lagi... pastu dia senyum... ..dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgi-cikgi ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer... .. !!!!!!!!!!!!!!....!!!!!!!!!


[ *cikgi=ganti nama pd cikgu pompuan yek... ]

P/S : ADA JUGAK BURUNG MACAM NIE.KEH3.

FACEBOOK KELANTAN


P/S : MADE IN MALAYSIA.KEH3.

27.3.11

NAMA JEPUN


01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI 

P/S : PANDAI BUAT NAMA.KEH3.

26.3.11

BERAPA UMUR SAYA?


Seorang perempuan baru saja menjalani rawatan wajah sempena hari jadinyer. Wanita tu dah pun membelanjakan lebih kurang RM5,000.00 dan berasa sangat puas hati. Dalam perjalanan balik rumah selepas menjalani rawatan tu, dier singgah sekejap kat sebuah kedai mamak untuk beli surat khabar. Semasa membayar duit surat khabar tu, dier pun bertanya kat mamak tuan punyer kedai tu.

"Mamak, buleh tanya tak?? awak agak-agak berapa umur saya sekarang nieh??" tanya wanita tu.

"Lebih kurang 30 tahun", mamak tu menjawab.

"Takde lah, sebenarnya saya dah 50 tahun." jawab wanita itu riang kerana orang menyangkanyer lebih muda dengan wajah barunyer itu.

Tak lama kemudian, dier singgah plak kat McDonalds. Semasa mengorder burger tu, wanita tu pun mencelah dan bertanya pada awek yang jaga kaunter tu soalan yang sama macam dier tanya kat mamak tadi.

Awek tu pun menjawab, "Entah la, rasanyer dalam 29 tahun". Wanita tu pun menjawab, "Takde la dik, Akak dah 50 tahun dah nieh." Wanita tu bertambah-tambah la happy, dan sambung perjalanan balik ke rumah.

Semasa menunggu bas, wanit tu duduk bersebelahan dengan seorang pakcik Tua kat satu Bus Stop kat KL tu. Sebab boring tunggu bas lambat sangat, wanita tu pun bertanya kepada pakcik tu
Soalan yang sama.

Pakcik tu pun menjawab, "Pakcik dah tua dah. Umur pun dah 75 tahun. Mata pakcik dah kabur dah, tapi pakcik boleh tau berapa umur seseorang wanita tu dengan satu cara.

Dulu masa muda-muda dulu pakcik ader belajar."

"Macam mana caranyer??", tanya wanita itu pula ingin tau.

"Pakcik kena rasa dan kaji bahagian sulit wanita tu, baru pakcik buleh bagi tau dengan tepat".

Mereka berdua diam seketika. Wanita itu pula rasa ingin tau sangat-sangat apa cara yang digunakan oleh orang tua tu.

Akhirnya wanita itu berkata. "Ahh... tak kisah la pakcik, pakcik buleh rasa bahagian sulit saya,saya nak tau macam mana pakcik buleh tau umur saya".

"Baik ler"' kata pakcik tua tu. Mereka berdua pun pergi kat bahagian belakang bangunan di mana takde orang. Kemudian pakcik tua tu pun menarik ke bawah seluar dalam wanita tersebut dan start le meraba alat sulit
wanita tersebut.

Selepas beberapa minit, wanita tu pun berkata. "Okay! Okay! cukup tu pakcik, sekarang saya nak pakcik bagi tau berapa umur saya."

Pakcik tu pun berhenti meraba dan menjawab, "Umur awak dah 50 tahun."

Mendengar jawapan pakcik tu, maka terkejut beruk le wanita tu. "Fuiyooo...macam magic jer, macam mana pakcik buleh tau??", tanya wanita tersebut.

Pakcik tua tu pun dengan tersenyum lebar menjawab, "Pakcik beratur belakang awak tadi kat McDonalds, heheheheh".

P/S : KENA  PEGANG FREE.KEH3.

24.3.11

KOLEKSI LAWAK PENDEK


Lawak 1

Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..


Lawak 2

Tuan rumah : adakah kamu telah mencuci ikan ini sebelum kamu mengorengnya.
Pembantu rumah : saya fikir itu tidak perlu apa gunanya mencuci ikan yang memang berada dalam air seumur hidupnya.

Lawak 3

Seorang penumpang kapal terbang bertanya kepada seorang wanita tua disebelahnya.

Penumpang : makcik tahu tak nama lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak.makcik tak tau.kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di situ tadi dan tidak naik semula.

Lawak 4

Guru : louie, jika saya beri awak dua ekor arnab hari ini , dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor arnab yang kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor arnab di rumah.

Lawak 5

Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Lawak 6

Anak ular : ibu kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak.mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya!


P/S : SEKIAN..KEH3.

KENAPA PEREMPUAN MELAYU SELALU DIRASUK?


Mengapa pompuan melayu jer kena histeria??

Message: Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu
pun datang engan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik..

Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawap!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat""
""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... ""
""Aduhai... (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..) 

P/S : KEH3.UNTUK YANG BELOM PERNAH BACA.

23.3.11

AKTA 15


Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...
Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."


Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat
sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan
tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya
beberapa inci lagi.. 


Rosni berkata
dengan sopan..
"Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" 

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya
menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..


Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"
Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid
terus masuk ke
bilik dan membuka buku perlembagaan
pekerja sosial dan
mencari akta 15.. lalu dia membaca
kandungannya.*..
"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

P/S : KEH3.YANG PAHAM2.TAK PAHAM SUDAH.KEH3.

PENGHARAMAN TUDUNG


BERITA GEMPAR,

Monday, September 15, 2008 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pemakaian Tudung

Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

P/S : UNTUK YANG BELOM PERNAH BACA.KEH3.

22.3.11

KENDERAAN

MOTOR FERRARI


P/S : MACAM2 ADA.KEH3.

FREE


Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke supermarket beli barang-barang dapur. Jadi pi lah si suami ni beli semua barang-barang tadi.

Bila balik rumah, isteri tadi ambil beg-beg plastik bawa keluar semua barang untuk di simpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis .. FREE...
Isteri tanya suami dia mana benda yg FREE ni? Kenapa tak ambil. Suami kata la lupa nak mintak benda tu tadi. Isteri pun suruh suami pi balik ke supermarket claim benda FREE tu.

Suami pun pi lah bawa tin planta tadi jumpa salesgirl nak claim benda FREE. Bertengkar lah suami tadi ngan salesgirl tadi. Salesgirl tu kata benda free tu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak dak punya. Dia mintak jugak dari salesgirl benda FREE tu.

Supervisor lalu kat situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila
supervisor tanya apasai dia pulak kena marah dengan suami tadi. Suami tadi mintak jugak benda FREE dari supervisor tadi. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis...
FREE tu... Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tu ......
ada la tertulis .... dalam bahasa Inggeris .....supervisor tu baca.

.......CHOLESTEROL FREE..........!!!!!


P/S : CAMNIE PUN BLEH ADA.MUNGKIN DIORANG INGAT KOLESTROL TU PINGGAN MANGKUK KOT.KEH3.

KAYA



>P/S : BETOL2 KAKI DUIT KOT.KEH3.

19.3.11

BAHAYA MAKAN BAWANG PUTIH BANYAK

Ada kawan2 kata bawang terutama bawang putih banyak khasiatnya. aku tak percaya sebab aku memang benci makan bawang, tak pernah makanpun sebenarnya.

mereka kata makan bawang putih dapat memekatkan air mani, dapat menjadi penawar racun dan macam2 khasiat lagi. aku tetap tak percaya dan memang aku tidak pernah memakannya.

disebalik pelbagai kehebatan bila banya makan bawang putih tu, hari ini aku rasa keputusan aku tak makan bawang putih sebenarnya berasas. makan banyak bawang putih memang boleh menyakibatkan kesan yang sangat memalukan. aku cakap sebab memang dah ada bukti nyata. dan aku harap sesiapa yang suka makan bawang putih tu, terutama pompuan agar jangan makan bawang putih banyak-banyak.

masih tak percaya? korang tengoklah bukti dibawah ......














P/S : JGN MARAH.KEH3..

JARI

YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN JARI


P/S : KREATIF.KEH3.

17.3.11

UBAT ANTI GEMPA


Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota , terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.

Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu.

Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?

Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!!

Pakcik : ????

P/S : MENIPU JE KERJA..KEH3.

16.3.11

MARAH DENGAN JIRAN

MARAH MELAMPAU



P/S : MEMANG BENGANG GILER TU.KEH3.

ORANG GILA NASIHAT ORANG GILA


 Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas
hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan
mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah
hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak
bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun
Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami
bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman
Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu.
"Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang
lampu"Tolonglah Man ya!

Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang
mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang
lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak
turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas
hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?

Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni
apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!

P/S : KEH3..

15.3.11

KERETA

KERETA SETENGAH HARGA


P/S : HARGA SETENGAH..BADAN KERETA PUN SETENGAH.KEH3..

LAWAK YANG JARANG ORANG BACA


Assalamualaikum… Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini…. 3 Minit je, tak lama pun.. Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ” “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu” Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah…

“Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN… “

“Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah…. Xperlu minta izin dah..

P/S : RENUNGAN..

14.3.11

MOTO PALING GANAS

 

P/S : BETUL2 GANAS

SEJARAH YANG TIDAK TERTULIS DUNIA


FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina binti Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

FAKTA 6: Karam Sinkh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia. Kui...kui...kui...kui...


13.3.11

TIKET WAYANG



sepasang suami isteri menontonton wayang pada cuti hujung minggu . sampai di kaunter tiket , si suami pun membeli dua tiket untuk dia dan isterinya . tidak lama kemudian , si suami muncul sekali lagi untuk membeli dua lagi tiket .si penjual tiket yang kehairanan lalu bertanya dengan penuh minat . '' bukankah encik sudah mem beli dua tiket dan kemudian datang sekali lagi untuk membeli tiket ? lalu si suami pun berkata , betul ! tapi seorang lelaki yang berdiri dekat depan pintu masuk panggung itu asyik koyakkan tiket saya , habis macam man saya nak masuk !"

P/S : KALAU RAMAI YANG CAMNIE.KAYA LA ORANG YANG JUAL TIKET TU.KEH3.

12.3.11

7 PERKARA YANG MENGHAIRANKAN

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya. 


3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.




P/S : RENUNGAN BERSAMA. =)

TEWAS DIMALAM VALENTINE


Petang itu Malek balik kerja lebih awal daripada biasa. Sampai rumah, Malek Marzoki nama sebenarnya beumur 20 tahun, terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Maklumlah, 13 Februari, jadi malam ini tentu semua orang yang sedang bercinta seperti dirinya akan menyambut Valentine's Day dengan orang tersayang. Tambahan pula ini adalah cinta pertamanya.

Hari ini Malek berasa terlalu bahagia. Jarum jam terasa begitu lambat berputar. Malek tidak sabar lagi hendak bertemu Linda, kekasih yang baru sebulan dikenalinya. Malek mengenali Linda pun melalui 'chatting' di Internet.

Sejak itu selalulah mereka bergayut di telefon, menghantar gambar melalui e-mel, cuma keluar bersama saja belum kerana tidak bersekempatan. Tapi tanpa disangka, pelawaan ajak-ajak ayam Malek semalam berbaloi.


Mulanya Malek hanya main-main saja, tetapi tidak sangka pula Linda serius. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, Malek tidak akan lepaskan peluang tersebut. Itulah yang membuatkan semalaman Malek tidak lena tidur kerana tidak sabar lagi hendak menunggu malam ini.

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Linda kini berada di depan mata. Memang cantik, jauh lebih cantik daripada gambar yang pernah Malek lihat sebelum ini. Malek memberikan Linda sekuntum Ros Merah kepadanya.

Malek berharap, sekurang-kurang biarlah Linda tahu yang dia tidaklah kolot sangat, walaupun seumur hidup Malek tidak pernah melakukannya. Maklumlah, Malek bekas pelajar sekolah agama, sembahyang tidak pernah lalai. Kalau kawan-kawan serumah Malek tahu, memang mereka semua akan terkejut.

Setelah menjamu selera dan menonton wayang, Malek tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan. Hari sudah lewat malam, sejuknya mula terasa. Pada ketika itulah, tiba-tiba timbul niat jahat di hati Malek. Dia cuba menepisnya, tapi darah muda sudah menguasai fikirannya.

Malek berasa rugi pula sekiranya dia menghantar Linda pulang. Lagipun, Linda kelihatan begitu manja dengannya. Senyuman Linda, lirikan mata serta lentok tubuhnya seperti memberitahu dia masih ingin terus bersama Malek. Dia ingin menghabiskan malam Valentine's ini bersama sang kekasihnya.

Seluruh badan Malek terasa bahang. Suatu perasaan panas bagaikan menggeletar dalam urat sarafnya.Cerita-cerita biru yang didengarnya daripada Rahman, kawan serumahnya tentang hubungan asmara dia dengan teman-teman wanitanya, terngiang-ngiang semula di telinga Malek.

Bukan itu saja, Rahman turut menceritakan bagaimana mudahnya dia memperdayakan gadis-gadis, baik yang berpelajaran rendah mahupun penuntut IPT, hingga akhirnya mereka serahkan segala-galanya. Setelah itu, Rahman ceritakan pula taktik-taktik bagaimana hendak meninggalkan gadis-gadis tersebut. Memang ketika mendengar itu malek marah dengan perbuatan Rahman kerana merosakkan gadis-gadis tersebut, tapi malam ini...?

Malek ingat pada dosa, tetapi dia tidak mahu melepaskan keseronokan ini. Dia tidak pernah melalui saat berdua-duaan bersama sang gadis seperti ini. Strategi-strategi yang pernah diceritakan oleh Rahman, bermain-main semula di fikirannya. Tapi...patutkah dilakukannya kepada Linda?

Malek menggigil. Malek teringat pengajian agamanya selama enam tahun di sekolah agama dahulu. Malek masih belum lupa lagi pada firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 68 yang bermaksud,

"Barang siapa melakukan demikian (syirik, membunuh jiwa tanpa hak dan berzina) ia akan diseksa berlipat ganda di akhirat dan dikekalkan azab ke atasnya dalam keadaan amat hina sekali."

Begitu juga, bagai terngiang-ngiang lagi suara ustaznya membacakan hadis Nabi yang maksudnya,

"Barang siapa berzina atau minum arak, maka Allah mencabut iman dari dadanya seperti orang menanggalkan pakaiannya daripada badan."

Tapi gelodak jiwa mudanya bagaikan api yang sedang marak...

Hendak buat atau tidak? Malek di persimpangan. Ahh, alang-alang mandi biar terus basah. Sekali ini saja. Nanti aku taubatlah, Malek berkata di dalam hati. Linda pula Malek tengok seperti tidak kisah saja bila dia mengusap-usap tangannya. Malah Linda ketawa pula bila lihat muka Malek pucat dan jeri-jemarinya menggigil.

Malek rasa tercabar. Malek terfikir, kalau dia lakukan lebih daripada itu pun, mesti Linda tidak kisah. Antara takut kerana teringatkan ilmu agama yang dipelajarinya serta hangatnya cerita-cerita asmara yang diceritakan oleh Rahman dan kawan-kawannya, Malek pilih yang kedua. Lantas Malek terus mengajak Linda bermalam di rumahnya. Malam ini malam Valentine's, kata Malek. Linda tanpa banyak soal, terus setuju.

Sampai di rumahnya, Malek lihat suasana sunyi sepi. Gelap. Tiada seorang pun kawannya di rumah. Rahman? Ah, dia tentu saja sedang bermalam dengan gadis yang baru diperdayakannya. Malek tidak mahu lepaskan peluang ini! Televisyen dibuka, Malek susun strategi yang pernah diceritakan padanya. Malek tidak mahu gelojoh, nanti malu pula pada Linda. Walaupun nampaknya Linda seperti gadis yang boleh ditinggal-tinggalkan, tapi Malek tidak mahu terburu-buru.

Malam itu, zahirnya mata Malek terpaku di kaca TV, tapi hakikatnya otak Malek sedang menyerewang jauh. Linda pula bukan main manja lagi, sambil menonton kepalanya dilentokkan ke bahu Malek. Apabila sudah mendapat lampu hijau, Malek tidak mahu berdiam diri. Dengan penuh kelelakian. Malek merangkul bahu Linda lalu direbahkan ke ribanya. Dia sudah membayangkan 'sesuatu' yang akan berlaku malam ini, dan....

TOK! TOK!! TOKKK!!!
TOK! TOK!! TOK!!!

Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Malek kelam-kabut. Linda yang tadi berbaring di ribaannya, bingkas bangun membetulkan pakaian. Malek terus memperlahankan suara TV untuk memastikan apa yang didengarnya tadi bukanlah sekadar khayalan atau mimpi.

ASSALAMUALAIKUM!
ASSALAMUALAIKUMM!!

Kedengaran pula suara orang memberi salam dari luar. Malek panik. Kalau hendah dikatakan kawan serumahnya balik, mustahil kerana setahu Malek mereka semua ada kunci sendiri. Masuk saja, tidak perlu beri salam. Malek mula tidak tentu arah. Muka Linda berpeluh dan pucat lesi.

"Waalaikumsalam...siapa tu?" jawab Malek memberanikan diri.

"Ini JAIS...boleh tolong buka pintu tak?" jawab suara dari luar.

JAIS??? Apabila terdengar saja jawapan itu, seluruh anggota badan Malek menjadi lemah longlai. Terus Malek terbayangkan wajah ibu bapa dan adik-beradiknya dikampung. Dia juga terbayangkan guru-guru agamanya, solatnya, kitab suci yang selalu dibacanya.

"Habislah aku malam ini," Malek berasa hendak menangis.

Macam-macam perkara bersilih ganti datang dalam fikiran Malek. Selepas ini sudah tentu dia kena naik mahkamah. Silap-silap, masuk surat khabar pula. Ya Allah, kalaulah semua orang tahu perkara ini, manalah Malek hendak letak mukanya. Malu, maluuu!! Tiba-tiba timbul rasa menyesal, kalaulah Malek ingat pada agama, solat dan dosa, sumpah dia takkan bawa Linda balik kerumah.

"JAIS ni! Cepatlah buka pintu ni..!!" suara di luar makin keras.

Linda mula menangis teresak-esak. Linda teringatkan kawan-kawan seasramanya di IPTA. Malek kena lakukan sesuatu untuk menangani masalah ini. Tiba-tiba Malek mendapat satu idea. Pantas dia menarik tangan Linda menuju ke belakang. Malek membuka pintu dapur.

"You lari terus ikut semak tu, sampai you jumpa jalan besar, ambik cab, terus balik rumah. Esok I call you, okey," kata Malek tergagap-gagap.

Tanpa banyak soal, Linda berlari dengan lajunya meredah semak-samun di belakang rumah Malek tanpa memakai kasut. Setelah Linda hilang dari pandangan, Malek memberanikan diri membuka pintu. Alangkah terkejutnya Malek bila terpandang seorang lelaki dengan jaket hitam berdiri di luar.

"Err..encik ke yang ketuk pintu ni tadi? Err..errr..encik ni siapa?" tanya Malek terketar-ketar...

"Haah..lama saya ketuk tadi. Ingatkan abang kat toilet. Nama saya Jais, kawan kepada Rahman, budak serumah abang. Rahman ada kat rumah tak?" tanya pemuda itu semula pada Malek.

"Err...siapa nama kau tadi?" tanya Malek sekali lagi.

"Jais. Jais bin Md. Sood. Kenapa bang?"

"Err...takde apa-apa," jawab Malek perlahan.

Waktu itu malek rasa macam nak cekik-cekik saja leher pemuda bernama Jais itu. Dia ingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), rupa-rupanya...

Moral ceritanya...

Janganlah terpedaya dengan hasutan kawan-kawan yang ajak melakukan maksiat, supaya anda tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rosak seperti mereka. Takutlah pada dosa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada pelaku maksiat.

Kalau cita-cita anda hendak melakukan maksiat tiba-tiba terkantoi, bersyukurlah kerana itu bermakna Allah masih sayangkan anda.


MENGENALI PAK PANDIR


* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia baca email ini. (Jangan marah - gurau jer)

10.3.11

PETUA UNTUK MENDAPAT GADIS IDAMAN



Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Sudah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'.

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis ... .."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

---------

MORAL:

Jika hendak mendapat jodoh yang baik budi pekertinya, kita terlebih dahulu perlu menjadi manusia yang baik dan taat perintah Allah. Rupa paras bukanlah menjadi kriteria utama kerana kecantikan sebenar terletak pada budi pekerti yang baik.

TERKENA BALIK



P/S : PERGH..KOMPOM PENGSAN..KEH3.

TATTO

LV LEATHER


P/S : MEMANG PEMINAT SETIA NIE.KEH3.

9.3.11

TOLONG JANGAN JAHIT SEMUANYA



Seorang suami sedang menunggu kelahiran anak pertama diluar rumah.

Sementara itu kedengaran rintihan isteri di dalam bilik semakin
kuat bersama seorang bidan... Beberapa minit kemudian terdengar tangisan
bayi dari dalam bilik lalu si suami terus kedalam bilik untuk melihat
keadaan isteri dan anaknya...

Bidan : "Alhamdulillah. .
isteri anda selamat melahirkan anak
pertama anda.."

Si Suami : "Terima kasih bebanyak Mak Jenab... berapa kilo anak saya
nie?"

Bidan : "4.
9kb"

Si Suami : "Wah.. besarnya... mesti koyak pun besar kan?"

Bidan : "Ya.." (sambil menjahit bahagian terkoyak)

Si suami kelihatan bimbang, risau dan gugup.
Peluhnya jatuh
bercucuran,
matanya memandang tepat pada mak Bidan yg sedang "menjahit".

Tiba-tiba si suami berkata: " Tunggu-Tunggu Mak Jenab!"

Mak Jenab Bidan terkejut dan berhenti...

Sisuami dengan penuh harapan berkata...

Si suami : "Tolong jangan jahit semuanya... tinggalkan sikit untuk saya".

P/S : YANG TAK PAHAM TU.BACA SAMPAI PAHAM.KEH3.

KANTOI


 Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.

Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

"Ye Dato', ooo pasal project tu dato', saya akan uruskan dato', ala dato' bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato', lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato'…baik dato'… Oklah dato'…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato'….bye"

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali.

Lelaki tu menjawab " Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line?"

6.3.11

KUACI OH KUACI

TEMPAT KUACI?

 

LAGI DISINI..







P/S : CARA BUAT KUACI KOT??KEH3.

PUTIH HITAM DAN UNGGU



Ada sepasang suami isteri (orang mat salleh) depa baru je kawin. So pegi hanimun kat afrika selatannn. Depa nih sewa hotel murah je nak budget duit. Depa nih bukan kaya sangat kayap je lebih dah tu masa dah nak malam dan naik katil dah. Baju dah bukak abis dah. Lampu dah tutup abihhhss. Si suami dia cakap kat bini dia nih dalam bahasa omputeh la tapi dialihkan bahasa bunyi dia cam nih,

“Sayang, kita nak make love nih, sayang dah ready ke nak dapat anak?”
Si bini pun cakap, “Not yet la bebehhh! Abang beli la protection. I tak sanggup nak dapat anak lagi nih. Si suami pun pakai baju balik, “Ok yang rehatla jap abang pegi beli condom jap yeee..”
So tinggal la bini dia kat hotel. Bini dia plak agaknya terlalu letih, tertidurrrr!

Sisuami lak pegi la carik kondom. So sampai la kat satu gerai kecik nih dia nampak banyak kondom. So dia nampak la kondom warna putih. Dia tanyala, “Nih kondom warna putih nih berapa harga?” Orang Afrika yang jual pun jawab, “Sepuloh sen satu keping”

Dah tu dia nampak warna hitam, “Hitam nih pun menarik gak. Berapa harga sekeping” Orang Afrika pun jawab “Dua puloh sen sekeping”. Dah tu dia nampak warna purple, “Wah.. nih hebat.. berapa sekeping?”. Si jurujual Afrika jawab, “Yang nih mahal sikit 25 sen sekeping”

Dah tu si suami pun nak keluarkan dompet tup-tup tak ada dalam poket. “Alamakkk tertinggal lak kat hotel”. Dah tu dia meraba-raba la poket seluar mana tau kut ada syiling. So nasib baik la ada 20 sen maka terpaksa la dia amik kondom warna hitammm. So member pun jalan la balik ke hotel.

Dalam pada masa sisuami nih berjalan ke hotel, si bini tengah nyenyak tido kat hotel ada pencuri Afrika (negro) seludup masuk bilik. Niat nak merompak tapi bila nampak bini mat saleh nih tak jadik lak. So dia pun tukar tune nak rogol bini mat saleh tu plak. So tengah syok dia buat keje si bini pun agaknya terlalu mamai si bini pun naik syokkk tambah lak bilik gelap. Si bini ingat si suami dia.

“Abang… best laaa….” si negro pun dah selesai ngan bini omputeh nih dia pun seludup la keluar ikut tingkap si bini sambung balik tidooooo! Dah tu si suami dia balik so member pun dan ready ngan kondom hitamnya mainla ngan bini dia nih. Si bini pun naik syok lagi skali.

Sepuluh bulan kemudian..
Si bini cakap, “Abang, cam ner nih leh mengandung nihhhh. Dah nak terberanak dah nih.” Si suami lak cakap, “Cam ner nak buat yang, abang beli kondom murahhhh. Sebab tu bocorrr.” So si bini pun selamat beranak kan anakk tapi kulit anak omputeh nih lain sikit la hitam berkilat.

Sepuluh tahun kemudian…
Si anak bertanya kat bapak dia, “Daddy, kenapa kulit saya hitammmmm berkilat?” Si bapak dengan selamba je menjawab “Syukur la nakkkkk, kalo bapak ada lagi 5sen… ko dah jadik kaler PURPLE dah nak oiiiiii!”

P/S :  PULAK DAH.KEH3.

ORANG UTAN

ORANG UTAN DAN BUAHNYA


P/S : BYK BETUL BUAH NYA.KEH3.

5.3.11

HABIS MADU SEPAH DIBUANG



Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.

Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang. Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.

Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis. Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..

Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.

Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK

P/S : KISAH SEPUNTUNG ROKOK RUPANYA.KEH3.

SALAH RABA

JANGAN BUAT BEGINI...

P/S : KAN DAH TERABA KEPALA TU.KEH3.

LABELS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...