31.1.11

KERETA KEBAL

PINK COLOUR


P/S : NAK SATU LAH CAMNIE.KEH3.

MANGKUK TANDAS

MANGKUK TANDAS YANG GATAL



P/S : BRANI KE KORANG NAK BUANG AIR BESAR?KEH3.

KERANA JAIS


Satu lagi malam kemenangan buat Seman Pangkah. Terbeliak matanya mengira wang yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Wikang dalam perlumbaan tadi. Khusyuk mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.


Didakapnya Seman dari belakang sambil merengek manja ke telinga Seman, “Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti…”
Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

“Seman Seman… sen pun kau dapat… mambang pun kau dapat malam ni… memang malam kau la ni…”

Kata Hardy, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.

“Hehe… orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah…”

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model iklan syampoo yang menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.

“Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap…”

“Ala bang Seman, tak payah mandi la… meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang…”

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.


Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya di ‘impak secara maksima‘ oleh Seman.

“Tok! Tok! Tok!”

Bunyi ketukan bertalu-tahu pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

“Jais… Jais…” “Bukak Pintu Ini”
Suara parau seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

“Ta…tak…takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, ca…cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat si…sini. Abang Seman cuba ga…gayut kat sini…”

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,
“Ni rumah Encik Jais ke?”

Ani tergamam.

“Toloooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo ooooong…”

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan. Seman telah mati katak akibat impak maksima akibat terjatuh dari tingkap rumah flatnya.

P/S : JGN MENCARI JALAN YANG MUDAH UNTUK MELARIKAN DIRI.KEH3.

30.1.11

AYAM

MENCARI AYAM YANG HILANG


P/S : PANDAI JUGAK AYAM TU SEMBUNYI KAN.KEH3.

AYAM DAN KAMBING


Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan ?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...




P/S : MORAL DISINI.CERMINLAH DIRI SENDIRI DAHULU SEBELUM MENGATA ORANG LAIN.KEH3.BETUL KE?

29.1.11

PAKCIK COOL



P/S : MEMANG COOL LA PAKCIK NI.KEH3

JANDA 18 TAHUN


Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama
dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia
tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga
dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan
kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa
dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh
gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda
18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem
lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh
jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai
duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh
jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin
pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin
kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana
dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri
Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad
nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum
setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama
isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat
disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu
menyambut Amat dengan senyum lebar.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat,
iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk
ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua
yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang
sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan
dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh
nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya
yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.
Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar
jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik
leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda
18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!" 

P/S : 18 TAHUN LA SANGAT.KEH3.

28.1.11

PERHENTIAN BAS

PERHENTIAN BAS YANG TIADA DIMALAYSIA


P/S :AGAKNYA BILA KITA DAPAT TEMPAT PERHENTIAN BAS MACAM NIE KAN.KEH3.

GREAT SALE FROM CELCOM!

Thinking of rewarding yourself with something awesome to start off your 2011? Well, you deserve it! How about having a flashy cool gadget in hand to show off like Samsung Galaxy tab or a LG Optimus 7? Yes you're right, Celcom is giving you this opportunity by having a GREAT SALE starting NOW! So share this to your friends and better get your hands on before this sale is over and done, you gotta be quick, you gotta be wise!


Great sale from #CelcomGreatSale for more details ! http://www.churpchurp.com/ashaari88/share/celcom-greatsaletokens

DINOSAUR

MANA PERGI KEPALA?


P/S : ADA SAPA2 YANG JUMPA KEPALA DINOSAUR INI TAK?KEH3.

KISAH SUAMI DAN ISTERI


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri ( is three ). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang
MAMPUS tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah.. lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi

P/S : CAKAP BIAR BERPADA2.KEH3.

27.1.11

TERKEJUT



BECA

BECA KALIS HUJAN


P/S : KOMPOM TAK BASAH.KEH3.

LESEN P


Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya
Naspie.

Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. 

Kisahnya begini ... seorang
pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut
undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal
sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang
motosikal.

Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?

Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak
tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak
perleceh aku tau (marah).



Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje



Pak Cik : kan senang macam tu ..

26.1.11

KATIL BERAIR



P/S : KAN DAH KENE.KEH3.

GAMBAR

BENDA YANG TAK PATUT ADA SEMASA MENGAMBIL GAMBAR


P/S : YANG TAK NAMPAK TU.AKU TAK TAU LA.KEH3.

SELAMAT PAGI CIKGU


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) 

P/S : KESIAN NYA KAT CIKGU TU.KEH3.

25.1.11

GEMPA BUMI

MUNGKIN INI JUGA PUNCA GEMPA BUMI BERLAKU


P/S : KEH3.TGH MAIN RUPANYA.

PERKAUMAN

ISU PERKAUMAN YANG MELAMPAU


P/S : HAIWAN PUN IKUT PERKAUMAN.KEH3.

BUKA SKIRT UNTUK SELAMAT


Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?

Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?

Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.

Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir)
Jeng! Jeng! Jeng!

Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut dikaki ketika dilucutkan...


P/S : CERITA YANG PENUH DENGAN KESUSPENSAN.KEH3.

24.1.11

REMPIT PAKISTAN



P/S : LEBIH HEBAT DARI REMPIT MALAYSIA AKU TENGOK.KEH3.

SETIA SEORANG LELAKI


Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua dokter masih sibuk, mungkin dia baru dapat dirawat setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan dokter, aku putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakanbahwa istrinya sudah dirawatdi sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap penyakit Alzheimer.

Lalu ku tanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat terkejut dan berkata, Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik tidak kenal lagi?? Dia cuba tersenyum walau dalam kesakitan lalu tangannya menepuk tanganku sambil berkata,Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?

Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum. Cinta kasih seperti itulah yang aku mau dalam hidupku. Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.

Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki. Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai, tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan.


P/S : PERKONGSIAN BERSAMA. =)

BOLOS SAJA DINDING ITU

KUCING YANG HEBAT!


P/S : BETUL2 BOLOS LAH.KEH3.

SETENGAH METER JE LAGI


Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya,

kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya,

"Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".

Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar: " Ok esok abang beli kain untuk buat celana panjang."

Sesudah membeli kain, pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan celananya.

Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil celana yang sudah siap.

Kata tukang jahit; "mas..., celananya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bisa dibawa pulang"

Pemuda itu gembira, jadi juga celananya, fikirnya.

Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan celana barunya.

Dia memakai celana itu. Tapi kerana kebiasaan, dia tetap juga memakai kain sarungnya.

Maknanya celana di dalam dan di luar ialan kain sarung. Ditengah perjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan,

akhirnya dia ke tandas awam. Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain sarungnya ,

dan lupa memakai celana panjang barunya.

Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa masih pakai kain sarung,

katanya mau pakai celana panjang....tapi masih pakai kain jugak"

Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata; "Nih.. tengoklaaa,

kan abang pakai celana panjang baru abang". Seketika itu si gadis menjerit ; "eeeIhhhhhhhhh. ..bangg, panjangnyaaaa. .."

Dengan tersenyum bangga si pemuda menjawab; "Memanglah panjang. Dirumah masih ada ½ meter lagi"... 


P/S : LUPE PUNYA PASAL.KEH3.

23.1.11

JAGUNG

JAGUNG YANG PALING BESAR


P/S : AGAK2 SEHARI DAPAT TAK HABIS?.KEH3.

I'M SORRY


DISINI SAYA INGIN MEMINTA MAAF KERANA HARI INI TIDAK DAPAT MENYIARKAN GAMBAR YANG MENARIK SEPERTI BIASA.SELEPAS INI,GAMBAR2 YANG MENARIK AKAN DITONTONKAN SEPERTI BIASA.HARAP ANDA TERUS MELAWAT BLOG INI.TERIMA KASIH.MAAF DIATAS SEGALA KESULITAN YANG TIMBUL.

22.1.11

BESAR PUNYA

BOLA SEPAK GERGASI


P/S : BOLA SEPAK KE BOLA BESI?KEH3.

DRIFTER ADDICT

TERLEBIH DRIFT


P/S : NIE MEMANG TERLEBIH LAMPAU.KEH3.

JUSTIN BIEBER KANTOI?

TERMENUNG APA TU?


P/S : NAK TERMENUNG PUN MATA JAGA LE.KEH3.

KISAH TERCEKIK TULANG


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie,
sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 
-Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika
Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari,
kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!!
Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku. ..

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air denganmakan nasi
kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang
tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..
"
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi
dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

P/S : KORANG IKUT.KORANG TANGGUNG LA SENDIRI.KEH3.

21.1.11

2 DALAM 1

2 ORANG 1 RAMBUT


P/S : ANEH TAPI BENAR.KEH3.

"Mak" Gua Hilang


Pagi tadi di opis, dalam pukul 8, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

*****************************

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:


"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

P/S : JANGAN MARAH.YANG SERIES SANGAT BACA KENAPA??KEH3.

20.1.11

TEKA GAMBAR

ANDA BIJAK??


Jika jawapan anda 0 – 7 = anda lemah IQ

Jika jawapananda 10 – 11 = Kira bijaklah

Jika jawapan anda 12 – 13 anda genius lah

Jika jawapan lebih 15 anda sila dapatkan rawatan doktor pakar 

P/S : JAWAPAN NO 2 JE.KEH3.

PATUNG MELAMPAU

PATUNG YANG FAIL!

P/S : TGOK DARI BELAKANG CAM LAIN JE KAN.TGOK DEPAN.PATUNG SINGA RUPANYA.KEH3.

KANAK KANAK BIJAK



P/S : KEH3.

ARTIS BOLLYWOOD ANDA

RANI MUKHERJEE TANPA MAKE UP


P/S : NAK TGOK ARTIS MALAYSIA TANPA MAKEUP?TRUSKAN BERSAMA BLOG INI..TERIMA KASIH.KEH3.

SENJATA

ALAT MUZIK BERTUKAR MENJADI SENJATA


P/S : SENJATA KE TEROPONG TU?.KEH3.

TERKANGKANG


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm.. habis 2 (two), 3 (three) laaa...

Pelajar B: Pakcik jgn la main2.. kita org tanya betul2 ni...

Orang Tua: Hahaha.. alaa.. gurau sikit pun nak hangin... ok laaa... sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...


19.1.11

SHIN CHAN & ADIK NYA (REAL)

SHIN CHAN & HIMAWARI??


P/S : BULU KENING SAMA.KEH3.

AMAZING

KERETA PARKING 2 TAYAR


P/S : HEBAT.NAK JUGAK BERGURU DENGAN ORANG NIE.PERGHH.KEH3.

PHOTOGRAPHER TERLAMPAU

PHOTOGRAPHER BERANI MATI


P/S : DIORANG NIE TENGAH MAIN2 KOT?.KEH3.

BOS BARU YANG GARANG TAK BERTEMPAT


Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani
besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai +
pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani
tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg
malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat
tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI
TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape
malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum
bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg
pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

P/S : KAN DAH RUGI.KEH3.

18.1.11

FACEBOOK TUTUP

BILA TUAN PUNYA FB CAKAP MALAYSIA


P/S : KEH3.

JENIS KENTUT ANDA?

Apakah jenis kentut anda?


ORANG TIDAK JUJUR 
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG 
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS 
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA 
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS 
orang yang kalau kentut, orang lain tidak adayang tahu.

ORANG GUGUP 
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bilatiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
 orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbauharum.

ORANG SADIS 
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskanbaunya ke ranjangorang lain.

ORANG PEMALU 
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK 
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH 
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK 
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG 
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH 
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL 
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK 
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK 
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR 
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR 
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

ORANG MALANG 
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi..." 

P/S : KENTUT NO.3.keh3.

REAL SON GOKU??(DRAGON BALL)

SON GOKU


P/S : SUPER SAIYA NO.4 KOT.KEH3.

KEPALA BERASAP

GHOST RIDER??


P/S : ORIGINAL?KEH3.

KUCING BOLEH BERCAKAP


P/S : MACAM TAK PERCAYA JE KAN.KEH3

17.1.11

dRbook

BAKAL MENGANTIKAN FACEBOOK?


P/S : KALAU BETUL FB TUTUP.AGAK2 KORANG JOIN TAK dRbook NIE?.KEH3.

KAKI SKODENG

KAKI SKODENG YANG TERLAMPAU


P/S : AGAKNYA APA LAH DIA SKODENG BAWAH TU.NAMPAK KE?.KEH3.

PENJAGA GOL

PENJAGA GOL PALING COOL SEKALI




P/S : TGH KENA SERANG PUN MASIH RILEK.COOL JE KAN..NIE COOL KE MALAS SEBENARNYA PENJAGA GOL NIE?.KEH3.

SPIDERMAN MENARI

HOBI SPIDERMAN BILA SENANG


P/S : HEBAT JUGAK SPIDERMAN MENARI.KEH3.

16.1.11

MANUSIA HARIMAU

MANUSIA BERTOPENGKAN HARIMAU


P/S : DIA PAKAI TOPENG RUPENYE.CIS!

TANGGA DAN ESCALATOR

BENGONG KE KURANG BIJAK?


P/S : MUNGKIN TANGGA DAN ESCALATOR TU TAK SAMA DESTINASI KOT.KEH3.

LABELS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...