Showing posts with label LAWAK. Show all posts
Showing posts with label LAWAK. Show all posts

22.1.11

KISAH TERCEKIK TULANG


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie,
sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 
-Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika
Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari,
kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!!
Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku. ..

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air denganmakan nasi
kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang
tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..
"
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi
dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

P/S : KORANG IKUT.KORANG TANGGUNG LA SENDIRI.KEH3.

21.1.11

"Mak" Gua Hilang


Pagi tadi di opis, dalam pukul 8, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

*****************************

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:


"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

P/S : JANGAN MARAH.YANG SERIES SANGAT BACA KENAPA??KEH3.

20.1.11

TERKANGKANG


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm.. habis 2 (two), 3 (three) laaa...

Pelajar B: Pakcik jgn la main2.. kita org tanya betul2 ni...

Orang Tua: Hahaha.. alaa.. gurau sikit pun nak hangin... ok laaa... sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...


19.1.11

BOS BARU YANG GARANG TAK BERTEMPAT


Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani
besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai +
pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani
tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg
malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat
tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI
TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape
malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum
bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg
pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

P/S : KAN DAH RUGI.KEH3.

18.1.11

FACEBOOK TUTUP

BILA TUAN PUNYA FB CAKAP MALAYSIA


P/S : KEH3.

JENIS KENTUT ANDA?

Apakah jenis kentut anda?


ORANG TIDAK JUJUR 
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG 
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS 
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA 
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS 
orang yang kalau kentut, orang lain tidak adayang tahu.

ORANG GUGUP 
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bilatiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
 orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbauharum.

ORANG SADIS 
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskanbaunya ke ranjangorang lain.

ORANG PEMALU 
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK 
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH 
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK 
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG 
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH 
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL 
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK 
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK 
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR 
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR 
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

ORANG MALANG 
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi..." 

P/S : KENTUT NO.3.keh3.

16.1.11

DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG

Ceritanya begini....

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhkupada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KEH3..TEKUN BACA HEH , DARI ATAS.RELEX LAR BEB.AKU PUN DA TERKENA
X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKK.

15.1.11

CARA MERAIKAN GOL..

TENGOK APA GOLKEEPER TU BUAT


P/S : CUBA TRY TESTING BUAT CAMTU.KEH3.

AYAM DAN POSSINGNYA

BILA AYAM TAK BERBULU POSSING


P/S : SEKSI TAK?KEH3.

DADDY SEX TU APE?

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah.

Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang masih kecil..


Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.


Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.


'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.


'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis....





NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... .....
SEX :........... . ......... ........ ....



P/S : KONON2NYA ZAMAN MODEN.KEH3.

14.1.11

FACEBOOK ADDICT

KERANA KETAGIHAN FACEBOOK


P/S : NIE LA AKIBAT NGADAP FB 24 JAM JE.SAMPAI SENDIRI PUN REPUT.KEH3.


13.1.11

SPA KAMI

KUCING PUN PANDAI SPA


P/S : AGAK2 KORANG NAK TAK RASA SPA KUCING NIE?CAM BEST JE KAN.KEH3.






LABELS

18 (6) ARTIS (2) CINTA (1) GAMBAR FAIL (5) KERETA (1) LAWAK (12) PELIK TAPI BENAR (16) SAMA TAPI TAK SERUPA (5)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...