25.2.11

SALAH TAFSIR



Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.. 

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Cikgu : ????????? (Astarafirullah Al Azim) 

P/S : MODEN SANGAT FIKIRAN BUDAK2 TU.KEH3.

24.2.11

KAKI GAME

GAME MANIA!




P/S : BETUL2 PUAS LE KALAU MEN GAME.KEH3.

AKIBAT TIDUR PETANG


Kisah bermula... 

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.


"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" Tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."



Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan....
di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!
. . . . . . .

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!


Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....



....Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut. 

P/S : INGAT.TAK BAIK TIDUR WAKTU PETANG.KEH3. =)

POKOK

POKOK PELIK TAPI BENAR


P/S : MEMANG PELIK LAH.CERITA POKOK LA PLAK HARI NI.KEH3

ITU POKOK SUDAH LANGGAR SAMA SAYA


seorang pegawai polis sampai ditempat kemalangan. kelihatan seorang lelaki tua india terbaling lemah ditepi motosikalnya yang rosak teruk akibat kemalangan. tanpa mengelidik lebih lanjut, pegawai polis tadi memangku lelaki india itu dengan rasa sayu dan mula bertanya beberapa soalan.

polis : anne, apa pasal boleh eksiden?
india : semua orang gila tuan, bawa laju2.
polis : (lagi sayu) siapa bawa laju anne?
india : saya dari rumah, bawa itu motor, pegi kedai.
polis : Ooo...
india : saya pigi kedai. balik kidai saya bawa motor. ada lori, laju. banyak laju, makan saya punya jalan. mau langgar saya punya motor. nasib baik saya sempat elak. tarak jadi eksiden.
polis : banyak nasib baik anne. abis siapa langgar anne?
india : belum abis cerita la tuan. lagi, satu kereta makan saya punya jalan. mau langgar saya punya depan, saya elak. tarak jadi langgar.
polis : pergh.... nasib baik. jadi siapa yang langgar?
india : itulah tuan. dua kali saya boleh elak. lalu itu selekoh, ada satu pokok. bawa banyak laju. saya sudah banyak kali hon sama dia, dia tarak pigi tepi. boommmm, itu pokok sudah langgar saya. itulah cerita tuan.
polis : chit.... confirm mabuk todi haram ni. konstabel, gari anne ni, check level alkohol dia sekali. 
buang masa je aku simpati. 

P/S : BLEH PLAK POKOK LANGGAR DIA.KEH3.

23.2.11

KATA KATA SEMANGAT

FIKIR DAN RENONG!






P/S : BAIK MATI?MEMANG DAHSYAT LA KATA KATA NIE.KEH3.

AYAT

YANG ADA DI MALAYSIA


P/S : BOLEH BIKIN PENING BACA AYAT INI.KEH3.

LABELS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...