27.1.11

LESEN P


Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya
Naspie.

Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. 

Kisahnya begini ... seorang
pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut
undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal
sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang
motosikal.

Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?

Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak
tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak
perleceh aku tau (marah).



Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje



Pak Cik : kan senang macam tu ..

5 comments:

TRIMA KASIH BERI KOMEN..KOMEN2 LAH SELALU..KEH3..

LABELS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...