29.5.11

KISAH MENGARUT



Cerita Lawak 80PL
Amaran:cerita ini mengandungi unsur unsur ganas,kalium,santan,aksi menggigit pusat & kerongkong,adegan mandi di longkang.dilarang tonton tanpa bimbingan ibu bapa berakhlak tinggi.budak dibawah 18 tahun harus meminta kebenaran ketua kampung dulu.



Kisah Mengarut Musim Pertama

Pada suatu malam yang sunyi,,aku berjalan di tanah perkuburan.tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinar bulan mengambang.bulu hidung aku meremang.dengan tampannya aku menuju ke arah itu.tiba tiba ada benda lembik jatuh atas kepala aku.

aku menjerit dengan kuatnya.tanpa kesangkaan aku dan korang,aku terpeluk lembaga tadi.lembaga itu memandang aku tepat dimataku.aku tergamam.muka orang sungguh menakutkan.tahi lalat di bulu matanya,hingus berleluasa di hidung dan mulutnya. rambutnya tidak terurus disebelah kanan.tapi tersikat rapi di kiri.aku pasti!aku pasti dia adalah seorang syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini berkeliaran di perkuburan setiap malam sabtu pukul sebelas malam.aku sengaja jatuh menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan dan takut.dia mendekati aku.aku pun mendekati dia.akhirnya di berkata :`lipan awak sihat?`.rupa rupanya dia bekas ketua kampung aku.aku melempang dia sepenuh perasaan dan tenaga.dia mengerti.kemudian dia cerita apasal dia ada kat situ.rupanya dia melawat kubur lipan kesayangannya yang mati dibunuh komunis semasa sedang bermain layang layang.suhu mula turun hingga 8darjah celcius.`kau buat apa sekarang?`kata dia lagi.`takde apa nak di buat.`jawab aku.`syabas,apa kite ternak lipan dan jagung sama sama,nak?`aku jawab`taknak la,pasaran lipan sekarang jatuh teruk,lagipun sekarang penyakit kaki tangan dan mulut dah merebak,harga udang dan kicap dah melambung tinggi,...`.dia merajuk dan menangis teresak esak.aku pun tinggal kan dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang pasrah .akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak dalam badan sebab menangis melebih lebih.aku pulang ke rumah.dah lebih lapan jam jalan aku tak sampai lagi..kerupaannya aku telah tersesat.aku tanya orang ,,tapi ..diorang cakap bahasa ibanis(bangsa kacukan iban dan russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk menyara hidup.



Kisah Mengarut Musim Kedua

Jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba tiba berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa mandi aku terus pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi sarapan dah habis dimakan oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan bernafsu.cicak itu mula mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami berpelukan selama beberapa minit.aku naik basikal ke sekolah.dengan kelajuan 150km/j,aku sampai ke sekolah jua.sememangnya aku terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah kunci.jadi aku terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu perut aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.aku masuk ke kelas.cikgu ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku duduk terus untuk belajar..hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali lagi aku dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku dengan riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak sikit.melihat keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula melayan aku dengan baik.tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti pasal datang lambat.aku mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru selangkah aku masuk biliknya,dia terus mengikat aku dan menggigit kuku dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit juga.tiba tiba aku dapat kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia balik.lepas tu aku campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas itu dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah. dalam perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la pulak dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh itu.dia mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak keriangan.aku dengan buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga dia.kemudian dengan gayanya aku beredar.sampai juga ku ke rumah.aku terus mandi dan tidur sambil menanti hari esok.



Kisah Mengarut Musim Ketiga

Suhu pada pagi itu -8 k.aku terpaksa memakai baju sejuk 8 lapis.rumah aku sudah kelihatan macam peti sejuk la.air paip pun dah beku.dengan penuh marahnya aku terus keluar ke rumah untuk ke kedai salim membeli sayur dan rojak buah.sedang aku berjalan seorang makcik tua datang ke arah aku secara tiba tiba.aku mula rasa seram.tanpa berfikir panjang aku terus menendang kepala makcik tu sampai terkoyak leher dia.makcik tu terus lari ketakutan.aku terus bergegas ke kedai salim.sampai saja di sana aku terus membeli sayur dan rojak.tak pasal pasal pulak salim taknak jual kat aku.aku geram dan terus memberontak.aku mengikat salim kat tiang telefon .salim mula menjerit ketakutan dan menangis.aku dengan ganasnya melempang perut salim lapan kali.salim terus menangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit perutnya.pusat dan tulang belakangnya patah.aku terkejut.salim pun terkejut.pada masa itu raju kawan salim tiba disitu.raju pun terkejut juga melihat apa yang berlaku.lantas aku melarikan diri .setelah melepaskan salim dari ikatan, raju dan salim mengejar aku.aku lari ke tengah jalan.diorang pun nak ikut jugak.tiba tiba semua kereta berhenti dan mengejar aku,salim dan raju kerana mengganggu ketenteraman jalanraya.masalah makin besar,pihak berkuasa mula campur tangan.tak boleh tengok orang senang sikit,mereka menghantar FRU dan pasukan elite khas berserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami.raju geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi tubi ke arah helikopter yang kejar kami.tanpa kesedaran dia mencampak salim ke helikopter itu.helikopter itu meletup bersama salim.melihat letupan itu,semua orang berhanti mengejar kami kerana penat dan tahu kami sukar nak dikalahkan,..tapi aku dan raju masih meneruskan pergaduhan walaupun salim telah mati.setelah lapan jam bertarung kami penat,selepas itu raju dan aku pun bermaaf maafan.kami kemudiannya hidup gembira bersama sehingga keakhir hayat.



Kisah Mengarut Musim Keempat

Jam pukul lima petang,aku masih takde ape ape nak buat,kebosanan melampaui tahap maksima.jiwa aku mula memberonatakaku keluar rumah untuk lepaskan tekanan dalaman.

aku bersiar di taman.gile punye boring.takde sorang pun kat situ hanya sorang dua anjing yang bermain buaian.benci aku lihat mereka,bermain main manja dengan manja di buaian itu. aku geram dan terus mencetuskan konspirasi.anjing itu menggigit tulang belakang aku dan mematahkan pusat aku. tapi aku masih gagah,mereka geram dan terus menyerang aku dengan riang liar.

aku dengan kebuasan sejati terus lantas mencekik kerongkong mereka dan menghantukkan kepale diorang kat tiang buai 8 kali.kepale diorang retak dan pecah, otak diorang pun tumpah ke tanah.anjing anjing itu terkejut.aku pun terkejut.diorang berdiri ketakutan.aku pun begitu juga.aku ape lagi,lari terus.melihatkan aku lari diorang pun nak ikut jugak.aku marah dan suruh mereka buat bende lain.mereka bersetuju dan membuat keputusan untuk menyorok di dalam tong sampah.mereka menyorok dengan penuh ketakutan.aku terus berlari melintas jalan raya besar.

sejenak aku pandang depan,seekor lori balak menuju ke arah aku dengan penuh ghairah sekali.aku dapat rasakan nafsu kelajuan pada lori itu.aku tak dapat elak lagi.tetiba lori tu belok ke tepi dan pulak melanggar sebuah makcik tua dan cucunya.lori itu melenyek kuku cucunya,lalu makcik tu naik minyak dan mengejar pemandu lori tu.lori itu juga turut memusnahkan perkampungan lipan di tepi jalan itu.berbalik pula ke makcik tu semula,dgn penuh kerakusan minda yg dikuasai rasa kejijikan pasrahan emosi.,makcik itu akhirnya berjaya menangkap pemandu lori tu dan mengikatnya di dalam longkang.air yang mengalir terus memasuki hidung pemandu dan sampai ke serebrumnya.makcik tua itu kemudiannya ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara 3 hari dan hukuman rotan pusat 2 kali setiap hari lepas makan dan didenda rm12.80 kerana menyebabkan huru hara.melihat kejadian...

aku berdiam diri dan pulang ke ruamh. dalam kekalutan itu, aku berhenti sebentar di gerai ramli sirap untuk menikmati cendol ayam perasa kambeng.dah habis makan je aku pulang terus ke rumah seperti biasa.kebiasaan sikapku itu mula dicurigai oleh sekumpulan pesawah padi yang menganggotai pasukan gerila nanas yg memberontak akibat penanaman nanas beramai ramai di sebuah kawasan pelupusan mayat secara sulit.aku ditahan dan dikurung dalam reban ayam selama 7 hari tanpa makan saja tapi aku diberi minum capuccino dan horlicks untuk menambah tenaga supaya aku dapat menjawab soalan mereka dgn baik.akhirnya tiba hari persoalan,aku dibicarakan dgn liar sekali,pusat dan tangan aku digari supaya tak dapat memberontak.

8 jam berlangsung,aku dpt menjawab semua soalan dgn baik sekali.mereka juga menganugerahkan aku sekeping sijil dan wang tunai rm500..aku pun dilepaskan dan terus pulang ke rumah.aku meneruskan hidup dgn menternak dan mengeksport lipan ke jepun,taiwan dan uganda.hidup aku bahagia dan sentosa hinggalah tak beranak cucu sebab aku tak kawin. 

P/S : MEMANG BETUL2 MENGARUT LAH!!..KEH3.

No comments:

Post a Comment

TRIMA KASIH BERI KOMEN..KOMEN2 LAH SELALU..KEH3..

LABELS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...