7.6.11

FAKTA MENARIK

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula,
ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga
boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah
dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera
paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang
sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan
bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama
besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah
lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang
juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya
magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir
besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya
walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu
kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana
setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang
tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan
tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza
dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan
lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga
ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.
Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar
bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah
langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan
dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru
ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik
kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia
bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan
sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila
nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau
tak sembahyang tiada
gunanya..... 

P/S : FAKTA 13 TU BERGUNA.KEH3

5.6.11

SEHATI SEJIWA

Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bngku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman. 

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja. Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. 

Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?" Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya. 

Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.." Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?" Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi... ... ... .giliran saya selepas datuk... ..! 

P/S : SEHATI DAN SEJIWA BETUL LA..KEH3

KANTOI DIRI SENDIRI

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”
Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…
“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti anda seorang sarjana ya?!” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

P/S : BETUL2 MENGANTOIKAN DIRI LAH.KEH3.

LABELS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...