7.6.11

FAKTA MENARIK

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula,
ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga
boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah
dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera
paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang
sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan
bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama
besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah
lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang
juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya
magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir
besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan
tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya
walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu
kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana
setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang
tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan
tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza
dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan
lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga
ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup.
Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar
bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah
langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan
dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru
ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik
kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia
bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan
sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila
nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau
tak sembahyang tiada
gunanya..... 

P/S : FAKTA 13 TU BERGUNA.KEH3

No comments:

Post a Comment

TRIMA KASIH BERI KOMEN..KOMEN2 LAH SELALU..KEH3..

LABELS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...